Dah lama rasanya tak update blog....Nak cerita pasal "Gerak-Gempur" sikit.
Pada 21 November 2012 bersamaan dengan hari Rabu , boss aku suruh aku joint Gerak-Gempur.
Aku pergi bersama dengan Kak Noriah & Asyimah....Asyimah ni Manager kat tempat kerja aku jugak , tapi dia dari unit yang lain.
So , pada malam selasa aku pun ber SMSlah dengan Asyimah , nak tanya besoknya aku nak tunggu dia kat mana . Terpaksa sms jer sebab rumah aku line tak elok kalau nak call...itu yang leceh sangat-sangat . Dia minta aku tunggu berdekatan dengan "Giant" Batu Caves pada pukul 8am.
Pagi-pagi besoknya my hubby pun hantarlah kat sana , selepas ambil aku , kitaorang pun bergerak ke kepong pulak untuk ambil Kak Noriah . Masyaallah jalan ke kepong punyalah hazab jemnyer...
lebih kurang pukul 9.15am baru kitaorang sampai ke Exchange TTDI...itupun Kak Noriah dah tunjukkan jalan pintas , sabar jer lah !!!! Kat Kuala Lumpur ni kalau tak jem memang tak sah. Sesampai kat Exchange TTDI , aku jumpalah dengan AE yang pernah aku berurusan waktu kerja kat CMC P.Jaya sebelum ni...Jumpa dengan Mona,Puan Zati dan ada lagilah , tapi aku tak bertegursapa pun sebab dah kesuntukan masa . Aku joint program "Gerak-Gempur " yang SME punya..sebab tu jumpa dengan diaorang.
Sampai kat sana aku daftar , lepas tu mereka bagi sarapan nasi lemak dengan air mineral . Aku pergi makan dengan Kak Noriah kat kantin . Asyimah dia tak nak makan sebab dah sarapan sebelum bertolak tadi.
Kitaorang ditugaskan kat area Damansara Perdana...so bergeraklah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan. Damansara Perdana tu dah jumpa . Tapi nama jalan 8/9 tu tak jumpa , dah keliling sampai 3 kali pusingan kat tempat yang sama , dah keluar highway , masuk highway balik masih jugak tak jumpa . so, aku ambil keputusan untuk call kawan kat CMC P.Jaya (En.Meor) untuk minta bantuan google map . Alhamdulillah , jumpalah jugak akhirnya...punyalah jauh masuk ke dalam tempatnya...siapa sangka ada kawasan perumahan dan kedai - kedai kat situ rupanya..
tempatnya agak menakutkan jugak....
Dari satu bangunan ke satu bangunan kami menjelajah.dari satu tingkat ke satu tingkat flat yang kami terjah...hingga ke tingkat paling atas sekali ..
gambar Kak Noriah yang aku snap ni tingkat paling atas sekali...aku tak pergi dekat pun dengan tingkap tu apatah lagi nak jenguk ...gayat giler. Dah ler semua bangunan dia letak kat atas bukit pulak tu...
cuba perhatikan gambar Asyimah yang aku snap ni , area rumah dia sangatlah gelap.
gambar yang ni kat dalam lif , cerahlah sikit sebab ada lampu.
Ada sorang adik yang kami jumpa kat area tu berkali - kali pesan kepada kami supaya berjaga - jaga sikit , sebab kat area ni bahaya sikit . Memang betul pun , dalam senarai premis yang kami perlu lawat tu kebanyakkannya adalah pusat judi haram . Tapi kami tak masuk pun , lagipun pintu pun bertutup , kalau buka pun kami takkan masuk , buat cari nahas jer.
Sesi hari tu berakhir dlm pukul 3.30 pm...kami merupakan kumpulan yang paling akhir sekali.
Selepas hantar Kak Noriah kat rumahnya , aku minta Asyimah hantarkan aku kat Giant , Batu Caves , kesian pulak nak suruh dia hantar kau kat rumah. Lagipun aku nak beli barang dapur sikit , alang-alang dah pergi kan...
Sepanjang gerak-gempur cuaca panas terik , pada sebelah malamnya aku diserang migrain yang teruk sekali....sampai ke besoknya pun sakit kepala aku tak hilang-hilang...
tapi aku malas nak pergi klinik ambil mc , sebab aku nak kena siapkan slide kerana hari jumaat boss aku nak kena meeting.
begitulah berakhirnya sesi "Gerak-Gempur pada hari tersebut...ini merupakan kali pertama aku joint...tak taulah bila pulak aku nak kena pergi...Tunggu arahan daripada Boos lah dulu.
sekian.
wassalam.