So , semalam aku ajaklah Aini untuk pergi jalan-jalan kat KLCC selepas habis kerja . Tapi terpaksa cancel pulak sebab suaminya pagi Sabtu kena kerja pulak . So, Aini nak kena balik awal sebab nak kena mengemas barang-barang . Terpaksalah pergi waktu lunch time...last minute pilih lokasi lunch ialah "Secret Receipe kat depan Lrt Masjid Jamek . Disebabkan tempat kerja aku jauh so , inilah tempat yang paling strategik aku rasa. Waktu lunch hanya 1 jam jer , jadi senang aku nak pergi dan balik office.
Sampai jer waktu lunch aku tergesa-gesa keluar pejabat .Intai-intai kat cermin tengok kat luar cerah jer cuaca,jadi aku pun tak de lah bawa payung..tup,tup sampai kat masjid jamek rupa-rupanya hujan dah turun . Lebatlah jugak hujannya , nasib baik dekat je tempat yang nak dituju..aku redah jer kan terlambat pulak nak balik pejabat.
Sampai kat tempat yang nak dituju , tengok-tengok ada Mieza dgn Syikin . Sangkaku hanya Aini & Bonda Ani jer yang joint . Happy sangat sebab dapat jumpa lagi dengan kawan-kawan .
Aku ingatkan aku yang paling last sekali nak order makanan , rupa-rupanya diaorg pun belum order lagi . Mieza bagitau dah berapa kali panggil nak order , tapi sorang pun tak datang . Aku terus panggil jer dengan siulan , datang pulak dia . Syikin punyalah gelak kat aku . Habis tu susah sangat kan , kita dah ler nak kena kejar masa . Memang agak lembablah service dia , nak ambik order pun lambat , hantar makanan pun lambat . Syikin sampai dah habis makan pun air tak sampai-sampai , dah nak tercekik orang tu makan..kesian..
Sementara menunggu makanan sampai so, kita bergambar dulu...
Puan yang bertudung purple ni , nama dia Rohani & yang bertudung hijau ni adalah insan yang dirai untuk majlis farewell yang serba sederhana ni , nama dia Nor Aini , kitaorang panggil dia Ani Mayuni ..hehehehe
Mieza & syikin , mieza buat muka comel..
Jom kita usha menu apa yang kitaorang pilih ..
Curry Mee kepunyaan Syikin . terkejut aku tengok mangkuknya besar giler. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhk8fse4Am6GYG2FNdfgcNhL24BMbm0VTAiLTGk2udM4Wm-nr4jGKMVFTCvPRG8cbVQoAIsqfyH7EvfTsNlcEBIW55fHp3ApYLDqfs0f63TPUuJsYy5S4s1oVJ5ig5ovv08WYY1zIJxx2L/s400/IMG00837-20121102-1323.jpg)
sambal utk rencah curry mee , kalau nak tambah pedas.
Kak Rohani order Fish & chip
aku pilih chicken crispy..memanglah tersangat crispy , goreng sampai nak rentung . lenguh aku mengunyah..
Mieza & Aini order yang ni , apa namanya aku dah lupa...
ada nasi , ayam dengan kuah black paper...
ini air aku , ice lemon tea..
Kak Rohani pulak order Green apple..
Syikin , Aini & Mieza order air chocolate milk shake..
air kat atas tu milik AIni dengan Mieza...yang Syikin dah 2, 3 kali mintak barulah sampai..
bergambar kenangan depan secret receipe , malu pulak sebab waktu ni orang lelaki punyalah ramai tengah lalu-lalang kat sini sebab baru habis solat jumaat....
majlis berakhir dengan sesi bersalam-salaman , berpeluk-pelukkan & linangan air mata . Puas aku cuba tahan air mata tapi mengalir juga . Naik LRT dengan mata merah & sedikit bengkak . Orang dalam LRT pandang-pandnag kat aku . Mesti diaorang hairan kenapalah budak ni menangis agaknya .
Sekian sahaja untuk kali ini...semoga Aini success di tempat kerja baru..Insyaallah jika diberi keizinan oleh Tuhan kita bertemu lagi..
No comments:
Post a Comment