">
Welcome To My Blog

Thursday, November 01, 2012

Hadiah kenangan dari Staff CMC P.Jaya

Pada  3  October  hari  tu , geng-geng  pejabat lama aku  buat  majlis  Farewell  utk  aku  kat  Restoran  Rebung  kat  Bangsar. Terima kasih  yang  tak  terhingga aku  ucapkan  pada  semua  yg  sudi  hadir  ke  majlis hari  tu.Diaorang  suruh  aku  bagi ucapan , tapi  aku  tak  nak...dah  tak  boleh  nak  bagi ucapan  lagi  dah.Yang  sebenarnya  aku tengah  tahan  sebak. kan kalau  aku cakap , tak pasal- pasal  banjir pulak restoran rebung tu nanti...

Aku sekarang  ni  dah  tak macam  dulu  lagi ,  dah  tak  mudah  untuk  menangis  walaupun  dalam  kesedihan. (diri  sendiri hairan...hahahaha) . kalau dulu pantang  sedih  sikit  mesti  nak meleleh  air  mata...mungkin pengalaman  telah  banyak  mendidik  aku  menjadi  manusia  yang  tabah &  redha  dengan  apa  yang  telah  ditentukan olehnya..

Disebabkan  kamera  aku  dah  rosak,so aku x de lah ambil gambar, tapi sahabatku  yana ada ambil  gambar.So,kalau aku nak tengok gambar kenangan majlis Farewell tu  aku tengoklah kat blog dia , hehehehe.

Terima  kasih  tak  terhingga aku  ucapkan  atas  hadiah  yang korang bagi  semua...



inilah dia antara  hadiah  yang  aku  dapat..



hadiah  ni  diberi  oleh  Mak Bonda Rohani Ahmad , Terima  kasih Mak  Bonda  sebab  bagi novel ni kat saya , happy giler dapat novel ni .Memang  niat  nak  beli  pun  novel ni,tapi  tak berkesempatan  lagi  nak pergi kat "Minerva" ( kedai buku favorite aku,sebab kat  sini kalau  beli  buku mesti  dapat  diskaun) , dah  ada  orang bagi mestilah  seronok kan!kan!kan! ...jimat duit  ida tau hahahaha( ayat  orang  kedekut )  Novel "Adam & Hawa"  tu dah habis  aku khatam.(nak tunggu drama lambat lagi nak habis...hehehehe)
yang tinggal buku yg berkulit tebal tu baru baca sikit...tajuk buku "La Tahzan"...
Nak  tahu apa  makna  "La Tahzan"...macam ustazah tanya anak murid pulak yer.  "لا تحزن"  ni  perkataan dalam  Bahasa  Arab, maksudnya  "Jangan Bersedih" tapi  sebenarnya  aku  dalam  kesedihan.







Hadiah ni dari Kak Wook.Thank You Very Much atas ingatan.


Yang  ni  plk  dari  Mama  Senani...Semalam datang office ingatkan boleh jumpa.dapatlah lepas rindu,rupa-rupanya masih ada kat kampong...amboi cuti sakan Raya Korban tahun ni nampaknya...huhuhuhuhu.
Orang banyak cuti seronoklah...



Yang  ni  pulak  hadiah dari Amnieza, terima  kasih Mama Adra.



Yang ni pulak  hadiah  Khas  dari Staff CMC P.Jaya untuk aku, Aku tinggal jer kat pejabat.senang untuk aku buat sandwish.Benda alah ni dah banyak jasa kat aku sepanjang kerja kat sini,malas nak pergi turun makan aku buat jer sandwish,pastu makan dengan adik yang sama kerja dgn aku.


Sebenarnya ada lagi hadiah yg aku dapat...pemberian dari Lily dan Aini.Tapi aku x berkesempatan nak ambil gambar.Terima  kasih kawan-kawan atas pemberian semua.

cukuplah setakat ini cerita pasal hadiah...

terima kasih

1 comment:

  1. terlalu banyak kenangan & pengalaman ketika berkerja di CMC P.Jaya.

    ReplyDelete