Dah lama aku tak update Blog..aku bukan jenis yang rajin sangat,tak macam sahabatku Yana,terlalu rajin dan ada shj idea yg dia nak cerita..
Sekarang ni aku dah bertugas kat tempat kerja baru,Aku bertugas kat bahagian HR di Menara TM.Rasa lega sikit dpt bertukar angin baru.Tak payah pening2 kepala nak berdepan dengan karenah customer lagi.Sejak dari tahun 1997 hingga ke tahun 2012,kerja aku banyak terlibat dengan customer luar.so,skrg ni keje aku banyak terlibat dgn internal shj...fuhh lega sikit.
Hakikat sebenarnya aku teramatlah sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan di CMC P.jaya....CMC P.jaya telah banyak mengajar aku tentang susah senang untuk mencari sesuap nasi . Di sinilah bemulanya aku mengenal bermacam-macam system.seperti "CASS,CAMS,ICP dan macam2 lagi....walau pada mulanya aku terasa amat susah untuk mengingati bermacam2 system.,tapi Alhamdulillah aku dapat juga menguasainya.Memang seronok kerana dapat banyak ilmu yang aku perolehi..Terima kasih kepada sahabat2 dan Boss2 yang selama ini banyak bagi sokongan kat aku.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi kalian semua.
Tapi , aku harus juga menginggalkan semua kenangan manis di CMC P.Jaya demi masa depanku.
Perkara utama aku membuat keputusan untuk berhijrah ketempat lain berkenaan dengan gaji...aku apply kenaikan pangkat sebab aku nak tingkatkan gaji aku , disebabkan aku tak ada kelulusan yang tinggi hanya dengan cara inilah shj aku nak dapat gaji lebih.Biarlah apa orang nak mengata pasal aku..sebab aku tahu apa yang aku buat.Susah senang yang aku lalui , hanya aku yang menanggungya, jadi hanya aku shj yang dapat menolong diri aku sendiri,bukan ornag lain...So,buat apa aku nak kisah dengan apa yang orang nak kata.
sebenarnya kerja kat mana2 semuanya sama shj, mana2 tempat kerja pasti ada susah dan senang.Tapi kita mesti ingat bahawa tugas yang dipertanggungjawab keatas kita adalah satu amanah buat kita.Kalau kita jujur dengan amanah yang diberi kepada kita insyaallah , rezeki kita takkan kemana . Kata orang kalau nak banyak pengalaman kita mesti berani mencuba sesuatu yang baru.. Kat tempat kerja baru ni aku taklagi terlibat dengan customer luar,aku hanya handle internal customer sahaja.Alhamdulillah rezeki aku kat unit HR pulak kali ni.Insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik....
Kata orang,tempat jatuh lagi dikenang.inikan pula tempat mencari rezeki.walaupun aku dah bertukar tempat kerja,aku masih berhubung dgn sahabat2 kat tempat keje lama.sahabat2 CMC P.Jaya,kenangan bersama kalian adalah kenangan yg paling indah dalam hidupku.Banyak suka-duka yang telah aku lalui bersama kalian sepanjang 5 tahun berkhidmat di CMC P.Jaya.Telah banyak pengalaman & ilmu yg aku perolehi ketika berkerja bersama2 dgn kalian semua.Terima kasih aku ucapkan diatas segala tunjuk ajar yang telah kalian berikan kepadaku selama ini.
sekian.....
No comments:
Post a Comment