">
Welcome To My Blog

Sunday, November 18, 2012

Tabung Haji & GM Plaza

Hari Jumaat lepas aku minta tolong Encik suami hantar kat Pejabat Tabung Haji sebab utama ialah aku  nak pergi daftar Haji..Ikut pada jadual yang pegawai Tabung Haji tu bagi turn untuk aku pergi Haji ialah bila umur aku dah nak menjangkau 70 tahun...Ya Allah lamanya nak tunggu.Sempat ke tak entahlah...moga-moga aku dapat pergi sebelum suami aku pencen...Insyaallah. Sebab yang kedua pulak ialah akau nak masukkan duit raya anak-anak kat dalam akaun Tabung Haji diaorang.Risau jugak lama-lama simpan duit kat rumah.

Selepas tu pulak aku pegi ke GM plaza....Encik suami tanya nak buat apa pulak pergi kat sana,susah nak parkinglah kat situ(itu jer alasanya,kalau aku ajak pergi kat sana) Aku cakap nak pergi beli keronsang kejap jer,awak tak payah naik tunggu jer dalam kereta...
Sampai kat sana,orang punyalah ramai..biasalah keadaan macam tu kat GM Plaza..tapi kedai banyak yang tutup,aku tanyalah dengan salah sorang jurujual kat sana.Dia bagitau orang-orang DBKL tengah buat operasi,sebab tu banyak kedai yang tutup.Jurujual tu kata,Orang-orang DBKL ni kalau diorang buat operasi,diaorang akan rampas barang-barang yang berjenama...kenapa ek.!!! aku angguk-angguk kepala jerlah.  NO KOMEN????



Inilah dia keronsang hasil rembatan aku hari tu....aku main rembat jer sebab kesian kat orang yang duk menunggu.Kalau pergi kat GM Plaza ni,boleh gelap mata,semua nak beli...





No comments:

Post a Comment