Cuti kali ni aku berkunjung ke Negeri Perlis,ini merupakan kunjungan aku buat kali yang ke-3.First,datang waktu kenduri,Second,Dua tahun lepas.
Kali ni aku mengambil kesempatan berkunjung ke Gua Kelam.
Sebelum masuk ke dalam Gua Kelam,kami menikmati keindahan air terjun yang terdapat di luar gua tersebut.Budak bertiga ni memang tak puas hati sebab tak dapat mandi.Oleh kerana kami dah nak balik ke Kuala Lumpur malam ni,so aku tak bercadang untuk berlama-lama kat sini.Kan tak pasal-pasal kena tinggal dengan KTM.
Ini merupakan pintu masuk untuk ke Gua Kelam,bayarannya sangatlah berbaloi.RM1.00 untuk dewasa & 0.50 sen untuk kanak-kanak.
sungguh cantik lekuk-lekuk batu yang terbentuk dalam gua ni,teringat pulak cerita P.Ramlee dalam drama Ahmad Albab,lebih kurang macam nilah gua tempat tempat Ahmad Albab sedang bermain-main dengan anak jin.
Jom kita mulakan misi menjelajah ke dalam gua ...suasana kat dalam sangat kelam.
sesuai sangat dengan namanya "Gua Kelam".
Cuba lihat gambar ni..gelap kan?...hehehehe.Si Putri punyalah takut sampai nak patah keluar.
Abang dia dok pujuk2 barulah dia berani sikit...
Ada air mengalir dari bahagian atas gua ,airnya sangat sejuk.Terasa macam ais batu,teringin nak minum tapi takutlah pulak.tak pasal2 sakit perut aku kena jangkitan kuman.
sekali pandang macam lukisan pun ada...indahnya ciptaanmu Tuhan.
Jom kita jelajah sekitar pemandangan di Gua Kelam..
Sekian disini dulu untuk kisah Gua Kelam.Insyaallah ada kelapangan kita berkunjung lagi kat sini.
Ada rezeki lepas ni nak datang berkelah dan mandi-manda pulak kat sini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment