">
Welcome To My Blog

Monday, December 31, 2012

Padang Besar,Wang Kelian & Satun

Assalamualaikum.

 Pengembaraan kami seterusnya di Negeri Perlis ialah di Padang Besar.Adik aku tanya Kak Da nak pergi jalan-jalan kat langkawi pulak ke, kalau nak pergi Mah boleh ikut sebab Ayyash dah besar dah boleh bawa naik feri.Dulu x berani nak bawa lagi sebab dia kecil lagi..tapi aku rasa malas nak pergi kat sana.Aku buat keputusan nak pergi jalan-jalan kat Padang Besar & Wang kelian. 
Kami bertolak dari rumah selepas Zohor,Sesampai je kat sana kereta pun dah banyak.Nak cari parking punyalah susah.

Inilah papan tanda "Padang Besar"...nampak tak Megat & Putri ..
 

 


Jalan punyalah sibuk,nak ambil gambar pun susah.Kereta tak henti-henti dok  lalu-lalang...



           Terpaksa ambil gambar macam ni,baru nampak sikit budak 2 orang ni.

                                                   Ini Megat.  



                                          Ini pulak Putri





Aku tak de lah memborong banyak sangat sebab balik naik KTM,nanti susah pulak nak bawa barang banyak2.Aku banyak cuci mata jer...hehehehe




Kesian kat adik Mah aku ni dia tengah pregnant,anak sulung dia pulak lasak sangat2.Jadi dia suruh je aku dan anak2 pergi jalan2.Dia dah tak larat katanya..


Tengoklah gelagat anak buah aku sorang ni...macamanalah  umminya  tak penat nak layan karenah dia..






Ini kalau tak dipantau mau sampai ke dalam longkang dia bawa jentolak dia ni...hahaha




tengoklah tu...siap boleh duduk lagi atas simen tu...

Apasal mata macam mengantuk jer....tapi masih lagi nak bermain.Terjongket jentolak tu dibuatnya.Awak tu dah  ler besar,benda alah tu kecil pulak..kelakar betul budak kiut ni..

















Dia diam bila tidur jer,kalau mata celik tak pernah duduk diam.Ada jer benda yg dia nak buat.  

Pada hari aku nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur , sempat lagi pergi berjalan-jalan. Kali ni  kami pergi ke Wang Kelian & Satun,Thailand.Pukul 8 pagi kami dah bertolak sebab takut susah nak dapat parking.Lagipun kalau lambat-lambat takut terlambat pulak sebab pada malam ni kami bertiga dah nak naik balik kan....
Kali ni aku pergi dengan adik ipar adik aku....Adik aku dah tak larat nak pergi jalan2 katanya.

Wang Kelian ialah daerah Perlis,kira masih dalam Negeri Malaysialah, manakala Satun dah masuk Negeri Thailand...




                                Sempadan antara Malaysia & Thailand.


            
                             Siapa sangka hanya beberapa langkah jer kami berada di Luar Negara...hahahaha




Sekitar kedai-kedai yang terdapat di daerah Satun ,Thailand.Barang2 kat sini lagi murah berbanding dengan Padang Besar.Ikutkan hati memang nak beli macam2.Tapi memikirkan susah nak bawa,aku tabahkan hati jer...hehehehe


 


Budak Putri ni memang pantang nampak orang jual getah rambut,ada jer yang dia nak beli...bukan pakainya pun..




   Pintu ni  kiranya dah nak keluar dari Thailand ....kami singgah sekejap jer.Deretan kedai memang banyak & panjang.Aku dah tak larat nak menjelajah semuanya.Kalau pergi memang penat & boleh rambang mata dibuatnya.Dengan orang ramai,nak jalan pun susah.Nak pilih barang pun susah.Sekali Pandang deretan kedai ni lebih kurang macam deretan kedai kat Tangkuban Perahu,Bandung Indonesia.



Cukup setakat ini sahaja memori perjalanan kami ke Padang Besar & Wang Kelian.Dalam hati aku lepas ni nak datang lagi,tapi nak datang dengan hubby pulak sebab kali ni memang tak puas hati nak shopping.
Insyaallah ada rezeki & umur panjang aku akan berkunjung lagi kat tempat ni..

wassalam.





No comments:

Post a Comment