">
Welcome To My Blog

Monday, December 31, 2012

Pusat Rekreasi Air Panas ~ Ulu Legong Kedah


Assalamualaikum....

Perjalanan pulang dari kampung kami singgah buat sementara kat rumah keluarga Syimah kat Baling,Kedah.Pada sebelah malamnya kami membuat keputusan untuk bermalam di Homestay...Abang Nik nak bawa kami pergi mandi kat kolam air panas.So,kami memilih untuk bermalam di Homestay yang terdapat kat kawasan tu juga...

Setelah survey sana-sini ,Abang Nik berkenan untuk menginap di Homestay Kak Nah...harganya kira murahlah jugak..RM60.00 untuk 1 malam.


Ini ruang hadapan Homestay Kak Nah, dia macam 3 buah rumah berkembar,rumah pemiliknya ada di ruang tengah,manakala sebelah kiri & kanan untuk penyewa..

Yang best tuan rumah ada menyediakan sarapan pagi untuk penyewa Homestay....so,tak payah pening kepala nak fikir mana nak cari makanan untuk breakfast.


Kira ok jugaklah sebab kat area ni susah nak cari kedai makan...memang ada  kedai makan tapi jauh sikit,ianya terletak berdekatan dengan kolam air panas.

Sedang enak menikmati sarapan pagi tak sedar Megat Abdul Raziq ambil gambar ni....


Ummi ambil gambar dia pulak, nasib baik tak marah.Selalunya susah nak bergambar..



Inilah dia menu sarapan pagi yang disediakan, nasi lemak berserta dengan teh O panas...


Selesai sarapan kami terus menuju ke Kolam Air Panas...

Tempat parking pun lengang jer,maklumlah masih awal pagi lagi.Orang belum bangun tidur lagi kot...Nak masuk kat sini dikenakan tiket (dah tak ingat harga)..kalau menginap kat sini akan dapat diskaun.
sebenarnya sebelam malam tadi kami dah datang,tapi sebab malam aku tak ada lah ambil gambar.


Inilah dia pintu masuk Kolam Air Panas, 

 
Di sudut hdapan sebelum masuk ke Kolam Air Panas..


 Budak ni sibuk nak main gate..dia nak jadi jaga kejap sebab pak cik jaga belum bangun lagi kot..sebab malam tadi kami dah datang dan dah beli tiket, so, nak masuk pagi ni tak de lagi dikenakan tiket...ok jugaklah kalau macam tu..



Papan Tanda yang sebelah dalam .







Kat bahagian dalam kolam ni pun ada terdapat chalet2,Dorm &  homestay2....boleh tengok pakej yang disediakan kat kain rentang ni...Tapi kami memilih untuk menginap di homestay luar sahaja.Bukan nak berlama-lama pun kat sini...perjalanan ke Perlis masih jauh lagi..


 
Jom kita tengok chalet2 & homestay2 yang terdapat kat sini,cantik jugak kan??!!!!
harganya pun boleh tahan jugak..
 





Terdapat jugak taman permainan yang disediakan kat sini...bukan main seronok budak Ayyash ni..Baba yang penat nak melayan karenah dia.


Jom kita tengok gelagat-gelagat diaorang kat kolam mandi,Aku memang frust jugak sebab tak dapat mandi sebab tengah uzur...huhuhuu 













Jom kita tengok di setiap sudut yang terdapat dalam Pusat Rekreasi ni...


                Yang ini Tandas & Bilik Mandi 



 Terdapat juga open shower...


ruang hadapan open shower...


terdapat 3 buah kolam air panas disini ...lokasinya pun agak besar & selesa
tak de lah sesak sangat...


setelah 2 jam berada disini abang Nik pun ajak balik.anak-anak aku tak puas hati sebab Pak Udanya ajak balik awal sangat.Mandi pun tak puas lagii katanya...jenuh jugak nak memujuk...



Bye,Bye Ulu Legong ...nanti kami datang lagi Insyaallah.

sekian.

wassalam.













1 comment: