">
Welcome To My Blog

Monday, July 22, 2013

So Soon - Tribute to Lovely Father

setiap kali aku dengar Nasyid ini air mataku mudah sahaja untuk menitis..
 sesungguhnya aku terlalu merinduimu "Ayah"
semoga engkau tenang di dunia sana..


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon



Setiap kali saya menutup mata saya, saya melihat anda di depan saya
Saya masih boleh mendengar suara anda memanggil nama saya
Dan saya ingat semua cerita-cerita anda memberitahu saya
Saya terlepas masa yang anda adalah sekitar [x2]
Tetapi saya amat berterima kasih untuk setiap masa saya menghabiskan masa dengan anda
'Sebab saya tahu hidup tidak akan kekal selama-lamanya

Anda pergi begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Anda meninggalkan begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Saya mempunyai untuk bergerak 'menyebabkan saya tahu ia telah terlalu lama
Saya telah mendapat untuk menghentikan air mata, menjaga iman saya dan menjadi kuat
Saya akan cuba untuk mengambil semua, walaupun ia begitu sukar
Aku melihat kamu dalam mimpi saya tetapi apabila saya bangun anda pergi
Hilang begitu sahaja

Siang dan malam, saya masih berasa anda berada berdekatan dengan saya
Dan saya ingat anda dalam setiap doa yang saya membuat
Setiap hari tunggal mungkin anda akan dinaungi oleh rahmat-Nya
Tetapi hidup tidak sama, dan ia tidak akan sama
Tetapi saya amat bersyukur untuk setiap ingatan saya berkongsi dengan anda
'Sebab saya tahu hidup ini tidak selama-lamanya

Anda pergi begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Anda meninggalkan begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Saya mempunyai untuk bergerak 'menyebabkan saya tahu ia telah terlalu lama
Saya telah mendapat untuk menghentikan air mata, menjaga iman saya dan menjadi kuat
Saya akan cuba untuk mengambil semua, walaupun ia begitu sukar
Aku melihat kamu dalam mimpi saya tetapi apabila saya bangun anda pergi

Ada hari apabila saya tidak mempunyai kekuatan untuk pergi
Saya berasa begitu lemah dan saya hanya tidak dapat membantu bertanya: "Mengapa"
Tetapi saya dapat melalui semua kesakitan apabila saya benar-benar diterima
Itu kepada Allah kita semua kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali, aduh

Anda pergi begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Anda meninggalkan begitu lama lagi, jadi tidak lama lagi
Saya mempunyai untuk bergerak 'menyebabkan saya tahu ia telah terlalu lama
Saya telah mendapat untuk menghentikan air mata, menjaga iman saya dan menjadi kuat
Saya akan cuba untuk mengambil semua, walaupun ia begitu sukar
Aku melihat kamu dalam mimpi saya tetapi apabila saya bangun anda pergi
Hilang begitu sahaja

Sunday, July 07, 2013

Impianku...

Tahun ni anak sulungku  Megat Abdul Raziq akan menduduki exam UPSR...hatiku rasa sangat berdebar-berdebar. Agak-agaknya semua ibu-ibu didunia ini pun berperasaan macam aku jugak...
Yg membuat aku takut  kerana ,keputusan mata pelajaran teras UPSR yang sebelum ni memang amat mendukacitakan, aku tengok dia macam tak berminat langsung  dengan mata pelajaran akademik.Untuk mata pelajaran agama boleh pulak dia skor A.Memang aku banga sangat-sangat anakku lebih cenderung pada pelajaran agama,tapi impian aku untuk menghantar dia belajar kat sekolah tahfiz,keputusan yang cemerlang dalam exam UPSR amatlah diperlukan..
Aku jadi buntu sekarang ni..macam-macam nasihat dah aku berikan, baik  secara lembut  atau secara keras.
Nak marah-marah selalu memang tak sampai hati...
Ya Allah aku berharap bantuan daripadamu...kau bukakanlah pintu hati anakku,lapangkanlah dadanya,permudahkanlah urusannya...berilah kejayaan yang cemerlang kepada anakku didalam peperiksaan UPSR yang bakal dia tempuhi tidak lama lagi...

Amin,Ya Rabbalalamin..

Tuesday, January 01, 2013

Muhasabah Diri

Setiap kali bermula Tahun Baru,semua orang akan bertanya "Apakah Azam untuk Tahun Baru"....
Aku boleh dikategori dalam golongan yang tak pernah ambil kisah dengan perkataan  "AZAM" ni.
Tak pernah nak ambil tahu pasal benda ni semua...kadang-kadang terdetik juga disudut hati "Adakah aku ni merupakan orang yang tidak mempunyai wawasan hidup"...apa yang aku tahu kehidupan harian aku sangat padat,bangun pagi uruskan anak2 nak pergi sekolah,dah selesai anak2 pergi sekolah uruskan diri sendiri pulak.Nasib baik mempunyai suami yang sangat ambil berat & prihatin,untuk keperluan dia, dia akan uruskan sendiri,gosok baju kerja (kadang2 aku tumpang gosok baju aku & anak2 sekali..hehehehe)..Pergi kerja pulak menempuh dengan jem hari2, sibuk2 kerja tak sedar hari dah petang.Sampai waktu balik pulak kena tempuh jem lagi...dah dekat maghrib baru sampai,ada ketikanya kena singgah kat mana2 masjid  untuk solat maghrib sebab dah tak sempat sampai rumah..Kalau sampai awal tu,lepas letak beg terus je ke dapur,masak untuk makan malam pulak.Kalau dah balik lambat maka lambatlah aku sediakan makan malam..ajar anak mengaji,buat homework...Tiap2 malam paling awal tidur pun jam 12.30am.Besoknya pukul 5.00am dah bangun,kadang2 terlajak jam 5.30am.Begitulah rutin harian hidupku...pernah bersembang2 kosong dengan suami,"Bie,Ida rasa macam penat sangat,kalau ikutkan hati nak berhenti kerja nak uruskan rumahtangga shj,maka si suami dengan sayu menjawab "Abang belum mampu lagi nak menanggung semuanya,gaji Abang kecil jer"....Inilah yang di katakan  "TAKDIR"...

Kalau ikutkan umur umat Nabi Muhammad,Umur yang dipinjamkan oleh Allah untuk berbakti diatas dunia hanya lebihkurang 60 tahun shj,itupun kalau sempat sampai.Tahun ni umur aku dah menjejak 37 tahun,kiranya aku ni dah melibihi setengah abad dari 60 tahun.Tetapi apa yang aku rasa,jiwa aku kosong-sekosongnya...kosong iman,kosong  ilmu,kosong amalan,..Yang ada cuma "DOSA" ."Apakah yang aku nak bawa sekiranya sampai masa Tuhan menjemput aku nanti.????.Apakah bekalan yang aku nak bawa untuk mengadap Allah nanti????

Ya Allah,terlalu lama aku lalai kepadamu...ampunkanlah segala dosa2ku walau sebesar zarah sekalipun dosaku kepadamu.Sesungguhnya aku hambamu yang terlalu lemah, mudah terpedaya dengan segala hasutan duniawi,Berilah kesempatan kepadaku untuk merubah diriku..berilah kepadaku kekuatan untuk terus Istiqomah dalam perjuangan hidup ini.Berikanlah sifat keikhlasan dalam setiap amalan2ku kepadamu,jauhi diriku dari sifat2 riak & takabbur.Tingkatkanlah sifat sabar & redha dalam setiap ujian yang kau berikan kepadaku,agar aku menjadi manusia yang tahu bersyukur atas nikmat2mu..Sesungguhnya aku sangat takut akan azab siksa  Nerakamu Ya Allah.Aku ingin mati ketika aku beriman kepadamu..aku ingin menjadi ahli syurga Firdausmu...

Ya Allah, jadikanlah hijrahku ini hijrah yang memberi kebaikan kepada diriku,keluargaku kerjayaku,sahabat2ku, kau jadikanlah penghijrahanku ini memberi manfaat kami semua didunia & diakhirat..

Ya Allah Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim..sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha pengasih...makhbulkanlah permintaanku.
                                                   Amin...

Monday, December 31, 2012

Ladang Anggur ~ Tasik Beris ,Kedah

 Assalamualaikum.

Selepas bermalam di Taman Rekreasi Ulu Legong,lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak pulang ke Perlis.Dalam perjalanan kami semua singgah sekejap di Ladang Anggur di Tasik Beris.Tercapai hajat  aku nak tengok "Ladang Anggur  di Malaysia.selalunya yang kita tahu  Ladang Anggur ada kat luar negara je kan,sekarang ni kat Malaysia pun dah ada....hehehehe.

Ini pintu masuk kat Ladang Anggur,apasal Megat Abdul Raziq berdiri tegak macam askar jek...hehehe
ambil gambar pun tak sempat nak ready,budak Ayyash ni bukannya reti duduk diam...


 

Nak masuk kat ladang pun kena bayar tau...Ceh!!! ingatkan free,bukan boleh makan @ atau petik pun.Nak masuk tengok jer pun kena bayar....bayaran tiket untuk kanak-kanak RM2.00 manakala untuk dewasa RM4.00.

Waktu kami sampai pekerja-pekerja ladang tengah sibuk membuang ranting-ranting yg dah reput...mengikut cakap salah sorang pekerja kat situ,skrg ni anggur dah tak banyak sebab baru lepas petik...Patutlah banyak pintu yang bertutup...
 

Cuba tengok kat sebelah atas,habis gondol pokok anggur ni dikerjakan oleh mereka..hahahaha


Nampak tak kat kiri kanan jalan,daun-daun pokok anggur yang baru lepas di cantas...  

  

Telan air liur jer tengok buah anggur ni bergayut sana-sini...nak petik tak boleh.Anak aku kata "kedekutnya tak bagi orang petik ,taik hidung masin"..Kalau nak petik sendiri boleh,tapi akan dikenakan bayaran RM50.00 untuk 1 kg...mahal giler...baik tak payahlah kalau macam tu...rasa macam membazir jer..tapi kat kedai dia pun ada jual harganya pun murahlah sikit...

  

Jom kita tengok-tengok di sekitar ladang anggur....

Cuba teka tangan siapakah ini...hehehehe


                  Geramnyer aku tengok...

                    
                            Boleh pegang pun jadilah...



 

Yang tinggal hanya ladang anggur hitam jer,ladang anggur yang warna hijau baru habis di petik...







Ikutkan hati aku nak ngap jer,tapi sabar-sabar tak baik curi-curi makan...


Kat pangkal pokok ni ada keluar asap,kaedah apa agaknya yang diaorang gunakan yang menyebabkan anggur boleh hidup kat Malaysia ni..?????hebatkan orang Malaysia sekarang ni,So,tak payah susah-susah nak pergi kat luar negara kalau setakat nak melawat Ladang Anggur je kan??!!!!


Kat sini terdapat Tasik, dan ada  disediakan Taman Permainan  Kanak-Kanak.Tasik dia agak besar juga,tapi aku tak ambil gambar sebab dah tak larat nak pergi jalan turun kat sana.Anak saudara aku bukan main seronok dia bila tengok ada taman....nasib baik anak-anak aku & Baba dia larat nak layan karenah dia..











                                     
                                                  Sekian kisah kat Ladang Anggur....

                                                               Wassalam.













Padang Besar,Wang Kelian & Satun

Assalamualaikum.

 Pengembaraan kami seterusnya di Negeri Perlis ialah di Padang Besar.Adik aku tanya Kak Da nak pergi jalan-jalan kat langkawi pulak ke, kalau nak pergi Mah boleh ikut sebab Ayyash dah besar dah boleh bawa naik feri.Dulu x berani nak bawa lagi sebab dia kecil lagi..tapi aku rasa malas nak pergi kat sana.Aku buat keputusan nak pergi jalan-jalan kat Padang Besar & Wang kelian. 
Kami bertolak dari rumah selepas Zohor,Sesampai je kat sana kereta pun dah banyak.Nak cari parking punyalah susah.

Inilah papan tanda "Padang Besar"...nampak tak Megat & Putri ..
 

 


Jalan punyalah sibuk,nak ambil gambar pun susah.Kereta tak henti-henti dok  lalu-lalang...



           Terpaksa ambil gambar macam ni,baru nampak sikit budak 2 orang ni.

                                                   Ini Megat.  



                                          Ini pulak Putri





Aku tak de lah memborong banyak sangat sebab balik naik KTM,nanti susah pulak nak bawa barang banyak2.Aku banyak cuci mata jer...hehehehe




Kesian kat adik Mah aku ni dia tengah pregnant,anak sulung dia pulak lasak sangat2.Jadi dia suruh je aku dan anak2 pergi jalan2.Dia dah tak larat katanya..


Tengoklah gelagat anak buah aku sorang ni...macamanalah  umminya  tak penat nak layan karenah dia..






Ini kalau tak dipantau mau sampai ke dalam longkang dia bawa jentolak dia ni...hahaha




tengoklah tu...siap boleh duduk lagi atas simen tu...

Apasal mata macam mengantuk jer....tapi masih lagi nak bermain.Terjongket jentolak tu dibuatnya.Awak tu dah  ler besar,benda alah tu kecil pulak..kelakar betul budak kiut ni..

















Dia diam bila tidur jer,kalau mata celik tak pernah duduk diam.Ada jer benda yg dia nak buat.  

Pada hari aku nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur , sempat lagi pergi berjalan-jalan. Kali ni  kami pergi ke Wang Kelian & Satun,Thailand.Pukul 8 pagi kami dah bertolak sebab takut susah nak dapat parking.Lagipun kalau lambat-lambat takut terlambat pulak sebab pada malam ni kami bertiga dah nak naik balik kan....
Kali ni aku pergi dengan adik ipar adik aku....Adik aku dah tak larat nak pergi jalan2 katanya.

Wang Kelian ialah daerah Perlis,kira masih dalam Negeri Malaysialah, manakala Satun dah masuk Negeri Thailand...




                                Sempadan antara Malaysia & Thailand.


            
                             Siapa sangka hanya beberapa langkah jer kami berada di Luar Negara...hahahaha




Sekitar kedai-kedai yang terdapat di daerah Satun ,Thailand.Barang2 kat sini lagi murah berbanding dengan Padang Besar.Ikutkan hati memang nak beli macam2.Tapi memikirkan susah nak bawa,aku tabahkan hati jer...hehehehe


 


Budak Putri ni memang pantang nampak orang jual getah rambut,ada jer yang dia nak beli...bukan pakainya pun..




   Pintu ni  kiranya dah nak keluar dari Thailand ....kami singgah sekejap jer.Deretan kedai memang banyak & panjang.Aku dah tak larat nak menjelajah semuanya.Kalau pergi memang penat & boleh rambang mata dibuatnya.Dengan orang ramai,nak jalan pun susah.Nak pilih barang pun susah.Sekali Pandang deretan kedai ni lebih kurang macam deretan kedai kat Tangkuban Perahu,Bandung Indonesia.



Cukup setakat ini sahaja memori perjalanan kami ke Padang Besar & Wang Kelian.Dalam hati aku lepas ni nak datang lagi,tapi nak datang dengan hubby pulak sebab kali ni memang tak puas hati nak shopping.
Insyaallah ada rezeki & umur panjang aku akan berkunjung lagi kat tempat ni..

wassalam.





Gua Kelam Perlis

 Agak lama tidak mengedit Blog..maklumlah bercuti lama.Naik kerja kerja menimbun-nimbum nak kena buat...

Cuti kali ni aku berkunjung ke Negeri Perlis,ini merupakan kunjungan aku buat kali yang ke-3.First,datang waktu kenduri,Second,Dua tahun lepas.

Kali ni aku mengambil kesempatan berkunjung ke Gua Kelam.


Sebelum masuk ke dalam Gua Kelam,kami menikmati keindahan air terjun yang terdapat di luar gua tersebut.Budak bertiga ni memang tak puas hati sebab tak dapat mandi.Oleh kerana kami dah nak balik ke Kuala Lumpur malam ni,so aku tak bercadang untuk berlama-lama kat sini.Kan tak pasal-pasal kena tinggal dengan KTM.




Ini merupakan pintu masuk untuk ke Gua Kelam,bayarannya sangatlah berbaloi.RM1.00 untuk dewasa & 0.50 sen untuk kanak-kanak.




 sungguh cantik lekuk-lekuk batu yang terbentuk dalam gua ni,teringat pulak cerita P.Ramlee dalam drama Ahmad Albab,lebih kurang macam nilah gua tempat tempat Ahmad Albab sedang bermain-main dengan anak jin.




Jom kita mulakan misi menjelajah ke dalam gua ...suasana kat dalam sangat kelam.
sesuai sangat dengan namanya "Gua Kelam".



Cuba lihat gambar ni..gelap kan?...hehehehe.Si Putri punyalah takut sampai nak patah keluar.
Abang dia dok pujuk2 barulah dia berani sikit...




Ada air mengalir dari bahagian atas gua ,airnya sangat sejuk.Terasa macam ais batu,teringin nak minum tapi takutlah pulak.tak pasal2 sakit perut aku kena jangkitan kuman.




sekali pandang macam lukisan pun ada...indahnya ciptaanmu Tuhan.


Jom kita jelajah sekitar pemandangan di Gua Kelam..






















Sekian disini dulu untuk kisah Gua Kelam.Insyaallah ada kelapangan kita berkunjung lagi kat sini.
Ada rezeki lepas ni nak datang berkelah dan mandi-manda pulak kat sini.

Wassalam.