Cerita ni sebenarnya dah lama , tapi baru sekarang aku ada kesempatan nak post dalam Blog aku..
Adik Bongsu aku memang selalu datang kat rumah , Jadi bila dah ada geng aku pun rajinlah nak masak - masak . Lagipun bahan-bahan dah ada kat rumah , yang mana tak cukup tu aku pergi jer beli kat Pasaraya Ong Tai Kim yang dekat dengan rumah aku jer.
Adik aku ambil resepi dalam Internet ..
bahan-bahan nak buat benda alah ni taklah susah sangat dan mudah nak dapat di kedai-kedai berhampiran dengan anda...hehehehe
Bahan-bahannya ialah.
Makaroni
Daging @ Ayam
Lada Benggala
Cili Merah
Chedar Cheese
Bawang merah
Serbuk kari
Telur Ayam
Susu cair
Garam
cara nak membuatnya mudah sahaja . Rebus makaroni hingga empuk dan toskan biar sejat airnya.Bawang merah dicincang dan tumis bersama dengan serbuk kari.Setelah naik bau masukkan daging @ ayam dan masak hingga masaklah,biar sampai kering airnya.Selepas itu masukkan makaroni dalam mangkuk gaul bersama dengan susu cair dan bahan yang kita tumis dan masak tadi dan masukkan garam secukup rasa . Setelah sebati semuanya masukkan dalam loyang . Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang selepas itu masukkan dalam dalam loyang yang ada makaroni tu tadi...(telur ni kena guna agak banyak jugak sebab nak bagi makaroni ni melekat antara satu sama lain...hehehehe)
selepas tu taburkan chedar cheese,lada benggala dan cili merah...bakar dengan suhu 180 darjah celcius lebihkurang dalam 1/2 jam...Dah siap Makaroni Cheese Bake.Senang jer kan...
Portion utk semua bahan2 ni saya main agak-agak jer...kiranya sesedap rasalah..huhuhuhu.
kawan-kawan adik aku kata sedap . kiranya menjadilah tu .Tapi bagi saya sedap tu sedaplah jugak , tapi bila makan tak boleh nak makan banyak-banyak sebab mudah muak...
mungkin disebabkan oleh susu & chedar cheese agaknya...
Inilah dia gambar "Makaroni Cheese Bake" yang telah dimasak oleh Chef Jannah & Chef Ieda...hahahahaha
yang ini masih dalam proses pembakaran....
ini dah siap masak dan sedia untuk di ngap...
sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment