">
Welcome To My Blog

Sunday, November 18, 2012

Along berkhatan

Baru ada kesempatan nak update...Maklumlah,jaga orang sakit aku pun rasa nak demam jugak..
Dari tahun lepas aku pujuk dia untuk berkhatan ,bermacam-macam alasan dia bagi,hakikat sebenarnya dia takut untuk berkhatan.Aku pun dah naik risau takut dia tak nak berkhatan.Sempena cuti 1 TM hari tu aku pun bercuti selama 9 hari , so aku pujuk anak sulung aku untuk berkhatan  dan janji dengan dia nak bawa pergi holiday bulan Disember nanti.Memang aku  berhajat nak balik kampung kat Kelantan dan lepas tu nak pergi ke Perlis.Alhamdulillah dia pun bersetuju.Tapi dia bagi syarat dia nak berkhatan  menggunakan kaedah "Smart Clamp".
So aku pun surveylah kat internet dan tanya kawan-kawan klinik yang guna kaedah yang dia nak ni.Aku dah tak kisah,janji dia bersetuju nak berkhatan.Rupa-rupanya tak banyak klinik yang guna kaedah "Smart Clamp" ni.Alahamdulillah jumpa juga,klinik yang paling dekat dengan area rumah aku iaitu klinik Idzham kat Setiawangsa.Aku pun call untuk book,harga untuk berkhatan RM210.00, nurse tu kata boleh datang kat klinik untuk bayar bayar booking RM10.00 dan baki bila dah selesai berkhatan.


                                          Klinik ni beroperasi selama 24 jam.


Pada 11/11/2012 kami pun pergilah kat klinik Idzham,kat setiawangsa.Turn anak aku pukul 11 pagi.Awal-awal pagi kami sekeluarga pun bertolak kat sana,lambat-lambat takut jalan jem pulak.
Kami bersarapan dulu kat restoran yang berdekatan dengan klinik,lupa pulak apa namanya.
Tepat jam 11 pagi, kami pun pergilah kat klinik tu...ramai rupanya yang berkhatan pada hari tu,seramai 16 orang semuanya,anak aku orang yg ke11.Ingatkan datang pukul 11 pagi boleh terus masuk,rupa-rupanya lama juga nak kena tunggu.Anak aku pun dah merungut-rungut apasal lama sangat...terpaksalah aku pujuk dia supaya bersabar.Bila sampai turn anak aku,dada aku sangatlah berdebar-debar...tak henti-henti berdoa semoga semuanya selamat.

Alhamdulillah...lega rasa hati bila tengok dia keluar rilek jer...dia kata sakit sikit jer.Suami aku kata berani dia tengok doktor sunatkan dia.Doktor pun terkejut dan berkata "beraninya dia nak tengok,orang lain tak de pun nak tengok"...Anak Ummi kuat kan,mestilah berani,Ummi jer yang penakut.hehehehe

 muka rilek jer...tengah tunggu nurse panggil untuk ambil ubat..

mata dah nampak kuyu,mengantuk agaknya...sebab sebelum nak berkhatan tadi nurse ada bagi dia ubat.
aku pun tak tahu ubat apa..mungkin kesan dari ubat tu kot dia dah mamai-mamai macam nak tido jer..

Selesai ambil ubat kami pun bertolak balik rumah,doktor pesan suruh datang pada 17/11/2012 untuk buka clamp.Semasa dalam perjalanan pulang kerumah dia menangis sekejap sebab sakit katanya,mungkin ubat bius dah hilang itu sebab baru terasa sakit.Kesian pulak aku tengok,aku pujuk dia supaya bersabar dan suruh tidur.Sampai rumah dia tidur jer,lepas asar baru dia terjaga,Terjaga dari tidur dia cakap Ummi,kenapa tak kejutkan abang solat zohor,terharu rasanya...walaupun dalam keadaan sakit  masih tak lupa untuk solat.Sejuk perut ummi Along..Ummi bangga ada anak macam  Along,Alhamdulillah.Aku cakap dengan dia Ummi kesian nak kejut Along sebab tengok Along nyenyak sangat tidur, aku suruh dia solat asar dulu lepas tu Qada' solat zuhur.Lepas tu tanya "bila mak uda nak sampai rumah kita ya"....rindu sungguh dia dengan mak udanya,dia memang manja dengan mak uda..
Aku masak sup ikan haruan,suapkan dia makan lepas tu bagi dia makan ubat..lepas tu dia sambung tidur balik.

Syukur Alhamdulillah dah selamat Along berkhatan.Along akan menempuh alam remaja.Harapan Ummi Along akan menjadi anak yang soleh & berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbalalamin.

                    

No comments:

Post a Comment